Nasi Goreng Tahta   Nasi Senirasa   Salad Kentang

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras Herba Ponni Taj Mahal
  • 100g daging (dipotong dadu)
  • 100g sotong (dipotong kecil)
  • 100g udang (dikupas kulit)
  • 2 biji telur (didadar dan dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 batang lobak (dipotong dadu)
  • 1/2 gelas minyak masak
  • 1/2 tin kacang peas
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu teh Rempah Bukhari Faiza
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 6 cawan air
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 sudu besar mentaga
  • Sedikit daun pandan dan garam

Cara Memasaknya

  • Cuci beras. Panaskan minyak, tumis sedikit bawang putih hingga garing.
  • Masukkan beras bersama air, daun pandan dan garam secukup rasa. Masak hingga tanak.
  • Panaskan mentega, tumis bawang putih selebihnya. Masukkan sotong, daging, udang, lobak, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Masukkan nasi dan goreng hingga rata, kemudian masukkan kacang peas, daun sup, daun pudina dan telur. Gaul hingga rata.
 

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras Herba Ponni Taj Mahal
  • 150g minyak sapi
  • 75g buah tomato dibelah dua
  • 75g lobak merah dipotong kecil
  • 1/2 tin kecil tomato puri
  • 1/2 tin kecil susu cair
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 1/2 tin kacang peas
  • 12 telur puyuh (direbus)
  • 6 cawan air

Rempah untuk digiling

  • 1 sudu besar rempah Bukhari Faiza
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Cara Memasaknya

  • Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang hingga layu, kemudian masukkan rempah yang telah digiling, tomato puri dan kacau hingga garing
  • Masukkan susu cair, daging dan garam secukup rasa. Masak sampai daging empuk.
  • Masukkan lobak merah, buah tomato dan telur, biarkan masak, kemudian diketepikan
  • Masukkan air separas sukatan beras dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan sedikit garam. 
  • Apabila nasi tanak, masukkan kuah daging yang telah dimasak tadi, kacang peas dan gaul hingga rata.
  • Biarkan nasi masak hingga kering.
 

Bahan-bahan
  • 1kg kentang
  • 1/2 ikat daun ketumbar
  • 11/2 biji jus lemon
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 sudu besar serbuk Raja Kari Faiza

Cara Memasaknya

  • Kupas kentang dan dipotong dadu
  • Panaskan minyak dan tumis kentang, kemudian ditoskan
  • Tumis bawang putih, daun ketumbar dan rempah kari hingga wangi
  • Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.
  • Masukkan kentang dan kacau hingga rata.

Copyright © 2005 Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
enquiries, mail to : admin@faizarice.com
best viewed : 1024 x 768 pixels resolutions

   home        products      promotions      recipes      about us

Design downloaded from FreeWebTemplates.com
Free web design, web templates, web layouts, and website resources!